Sunday 30 June 2013

Rantai tangan Seputih Hati. Berat 13.20 gram. Panjang 18 cm. Lebar 1.2 cm.
Cantik bila dipakai. amat sesuai dijadikan perhiasan diri, hadiah kepada yang tersayang, hantaran perkahwinan atau sebagai simpanan. Tak rugi menyimpan emas. Hubungi 017-4661562 untuk rundingan. Tiada kos upah dan pengangkutan.



Saturday 29 June 2013

Hadith daif paling popular tentang emas



Terdapat ramai orang yang kurang cermat ketika menyampaikan hadis-hadis Rasulullah. Mereka tidak mengikut disiplin yang sepatutnya. Hadith menyimpan emas merupakan salah satunya. Cukup popular di blog-blog peniaga emas. Tak penah nampak pulak kat kedai-kedai emas biasa. Cerita ini bersandarkan hadis berikut:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan, “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham."
(Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Ulama hadis menyebut apabila ada hadis dilaporkan oleh Abu Bakar Ibn Abi Maryam (perawi) maka status hadis tersebut adalah lemah (dhaif) kerana perawi tersebut tidak kuat ingatannya. Dalam disiplin ilmu hadis, seorang perawi hadis wajib mempunyai ingatan yang kuat bagi membolehkan hadis tersebut mencapai autoriti sahih dan hasan. Hadis dhaif tidak boleh dijadikan hujah untuk mengeluarkan hukum. Justeru, hadis ini tidak boleh digunakan melainkan ada autoriti Quran dan Hadis sahih / hasan yang menyebut tentang perkara yang sama.

Wujud pihak yang menggunakan hadis ini untuk melariskan jualan emas dan perak dengan memberitahu Rasulullah saw menyuruh kita menyimpan dinar dan dirham. Sedangkan ada ayat Quran dan hadis lain yang lebih kuat autoritinya yang menyebut sebaliknya. Antaranya:

“Dan (ingatlah) orang -orang yang menyimpan emas dan perak (duit) serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (at-Taubah: 34)

“Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.”

(Hadis status Hasan direkodkan oleh Imam Ahmad, Imam Tarmizi, Imam Abu Daud & Imam Ibnu Majah).

Maka nak simpan emas pun boleh. Harus hukumnya. Tak nak simpan pun tak mengapa. Takde sape nak marah. Tapi elok le menyimpan emas berbanding kertas yang takde nilai. Isu di sini ialah KEWAJARAN menggunakan hadis ini sewenang-wenangnya tanpa menyatakan STATUSNYA. Nak sebut.... sebutlah. Tapi nyatakan status hadis tadi yang dhaif. Sekurang-kurangnya pendengar atau pembaca tahu bahawa hadis ini tidak boleh dijadikan hujah. Seperkara lagi.... walaupun hadis dhaif (selagi BUKAN hadis tersangat dhaif atau hadis MAUDHU' - palsu), ianya tetap hadis. Cuma sanad dan rawinya tidak mencapai taraf hasan atau sahih

Friday 28 June 2013

Bagaimana memaksimumkan simpanan wang gaji anda?



Assalamualaikum wbt…. 
Dah hujung bulan ni…gaji nak masuk. Macam mana perancangan anda? Apa yang nak dibeli dan diperabihkan bulan ni. Ada yang dapat gaji lalu terus berbelanja tanpa had. Sedor-sedor dah pokai. Ada juga buat bayar hutang. Kutu  pun termasuk kategori hutang juga. Tak kira la sama ada hutang  dalam pay slip atau kat luar slip. Yang jelas…. Tolak sana tolak sini. Cukup la nak hidup. Itu pun nyawa-nyawa ikan. Kena pulak suami atau isteri tidak bekerja. Itulah perbezaan gaya hidup antara orang makan gaji dengan orang berbisnes. Orang berbisnes, aliran tunainya agak fleksibel. Ada je duit dalam poket. Kerja lebih masuk pun lebih. Kalau makan gaji, tunggang langgang mcm mana pun gaji tetap macam tu jugak. Jadi, macam mana nak meningkatkan nilai gaji anda? Tiada jawapan lain melainkan anda terpaksa menyimpan. Kalau tak menyimpan, memang rutin hidup anda tetap sama tiap-tiap bulan. Cucuk kat ATM, berbelanja dan tunggu gaji bulan berikutnya. Tuan-tuan terpaksa cari jalan juga macam mana nak menyimpan. Di sinilah perlunya disiplin. Disiplinkan diri sendiri dulu. Inilah yang payahnya. Bila tidak ada orang yang menegur… senang-senang dilanggarnya peraturan sendiri. Ikuti langkah-langkah di bawah. Mudah-mudahan bermanfaat.

1.                  Simpan dulu baru belanja
Rancang perbelanjaan anda untuk bulan depan. Apa yang nak dibeli bulan depan dah dirancang pada bulan sebelumnya. Senaraikan kesemuanya. Berapa banyak wang yang diperlukan? Katakanlah nak beli baju baru dan nak pergi jalan-jalan. Jumlah yang diperlukan adalah sebanyak RM300. Dapat je gaji terus asingkan RM300 tu. Kalau RM300 tu dapat bertahan sampai bulan depan, maka anda berbelanjalah sebanyak tu. Kalau terpaksa guna juga hingga susut tinggal RM200. Maka RM200 tu lah belanja shopping anda bulan depan.

2.                  Asingkan wang gaji untuk simpanan
Bagaimana anda mengasingkannya? Agih dulu segala bayaran bil-bil dan sewa yang perlu dibayar. Termasuk duit kereta, petrol dan sebagainya. Kalau ada baki, itulah bahagian simpanan. Betul ke cara macam ni? Dah tinggal serdak baru nak simpan. Itu pun tak tentu lagi masih berbaki. Kalau macam tu lah caranya, sampai bila pun anda tidak akan mampu menyimpan. Mengapa tidak jadikan bahagian simpanan itu juga sebahagian daripada priority agihan anda. Maksudnya, anda dah tentukan berapa peratus hendak disimpan. Mulakan dengan 10%. Kalau tak mampu, turun sikit jadi 9%. Boleh ke tak boleh? Sebenarnya, di sinilah perlunya disiplin. Mesti ubah hidup anda. Kalau dulu anda makan kat restoran tom yam seminggu 2 kali. Ubah jadikan seminggu sekali atau 2 bulan sekali. Kalau dulu pergi masjid bawa kereta. Ubah, tunggang motor je. Kecuali kalau anda bawa anak bersama. Keselamatan lebih penting daripada wang ringgit. Kalau dulu makan beras wangi, tukar kepada beras biasa je. Pokok pangkalnya ialah keinginan untuk menyimpan. Jangan lupa pula bahagian infak. Pasti lebih berkat.

3.                  Teknik menyimpan
Bahagikan akaun simpanan anda kepada 2 bahagian; simpanan cair dan simpanan beku

a.             Simpanan cair
Simpanan cair ialah akaun di mana anda menyimpan wang untuk kegunaan anda sendiri dalam masa singkat. Contoh seperti akaun simpanan biasa di bank-bank. Anda boleh keluarkan bila-bila anda suka. Itu duit anda. Tapi tak ke mana perginya kalau asyik keluar je.

b.             Simpanan beku
Simpanan beku ialah simpanan yang anda buat kemudian anda lupakan sahaja. Bila matang atau bila keadaan benar-benar perlu sahaja anda boleh keluarkan. Antara contoh simpanan beku ialah:

i.          Akaun simpanan tetap
Pilih yang halal iaitu akaun simpanan al mudharabah. Anda menyimpan pada jangka masa lama dan telah ditentukan masanya. Dengan akad mudharabah untuk bersetuju bersama-sama menjalankan perniagaan menggunakan wang itu.

ii.        Takaful
Jangan sekali-kali terlibat dengan insuran konvensional yang meragukan. Sertailah dengan takaful yang halal. Paling penting yang ada menawarkan simpanan selain daripada perlindungan. Penting perlindungan takaful ni. Ada kenalan kawan saya terpaksa buat pinjaman bank sebanyak RM20 000 semata-mata untuk menjalani pembedahan. Walhal kalau dia masuk takaful, senang-senang dapat RM20 000 tu.

iii.      Tabung Haji
Buat potongan gaji. Sikit pun takpe. Potong bulan-bulan dan lupakan. Simple.

iv.      Beli emas fizikal
Tukarkan wang anda kepada emas. Simpan seberapa lama yang boleh. Jual bila hanya terdesak sangat atau untuk ditukarkan dengan aset yang senilai dengannya atau lebih baik bila keadaan menguntungkan seperti memulakan perniagaan, membeli hartanah seperti rumah dan tanah ladang.

Saya memahami bahawa ada di kalangan tuan-tuan yang tidak mampu menyimpan langsung. Terlalu banyak komitmen sehingga tidak tertanggung dengan wang gaji. Abih tu, nak buat macam mana? Tidak ada cara lain, melainkan anda MESTI mencari side income yang lain. Harapkan gaji saja tidak memadai. Anda mesti berusaha. Buangkan ego sebagai pegawai unit tu unit ni. Anda sendiri tahu kan… neck tie lawa pun tak guna kalau kocek kecik. Jadi bertindaklah sekarang. Bukan perut anda sorang saja yang perlu diisi. Kalau boleh, cari pekerjaan sampingan yang tidak mengganggu tugas utama anda. Anda boleh mulakan dengan meng’klik’ mana-mana iklan yang ada di bahagian kanan blog ini. Ada telaga emas kat situ. Atau anda boleh layari www.gsr2u.com.my/cikdin atau anda boleh hubungi saya. Zaman sekarang tiada lagi istilah work hard. Yang ada hanyalah work smart. Itu pun untuk yang bijak merebut peluang sahaja. Sekian.

Bagaimana syarikat pelaburan emas haram menjana pendapatan HARAM kepada anda?



Assalamualaikum wbt…
    Pos kali ini adalah untuk menerangkan kepada anda bahawa menyimpan emas fizikal dan pelaburan emas fizikal bukanlah skim pelaburan emas yang bersifat riba dan mirip skim cepat kaya.
        
       Menyimpan emas fizikal bermaksud anda menukarkan wang kertas fiat anda kepada emas fizikal untuk memelihara nilai harta anda agar tidak ditelan inflasi. Beli emas dapat emas. Emas tu pulak dipegang dan disimpan sendiri. Takde wakil-wakil. Selalunya orang-orang berkenaan akan beli sikit-sikit. Biarlah sedikit asal ada emas di tangan.
           
       Manakala pelabur emas fizikal akan beli emas jongkong 999.9 ketika harga murah dalam kuantiti berat yang banyak. Selalunya 100 gram ke atas. Simpan dalam masa setahun atau dua tahun. Bila harga mahal dan melebihi harga belian, ketika itu mereka jual. Keuntungan biasanya mengatasi ASB dan ASN. Kalau tak percaya… cer tanya Marlia Musa. Berapa harga terkini dinar emas yang di beri oleh M. Nasir sebagai mas kahwinnya 13 tahun yang lalu? Dah jual, simpan sikit. Bila harga murah boleh beli lagi.

       Skim pelaburan emas haram dapat dikenali melalui urusan jual beli emas yang terlibat riba al-nasiah. Iaitu ada pertangguhan dalam penyerahan salah satu daripada dua perkara ini iaitu barang dan harga. Atau harga je. Barang langsung takde. Pemberian hibah yang ditetapkan juga menyalahi hukum syarak. Antara cara yang dapat dikenal pasti setakat ini ialah:

Jual harga je. Barang…. Taraak!
Modus operandinya seperti berikut..
1.             Ejen menawarkan kepada anda sekilo emas. Selalunya lebih mahal daripada harga pasaran.
2.       Selepas anda beli, ejen akan menawarkan hibah bulanan sekiranya anda setuju menyerahkan semula emas itu kepada mereka untuk disimpan.
3.           Sebenarnya deme tak simpan pun. Emas tu akan dibawa kepada pelanggan lain pula.
4.           Kadang-kadang sekilo emas ada dekat seratus orang pembeli. Sepatutnya mesti ada seratus kilo. Tapi emas tetap sekilo
5.       Setiap kali ada pelanggan baru maka adalah wang hibah kepada pembeli lama dengan persen lebih tinggi kepada kompeni.
6.            Proses ini berterusan sehinggalah target kompeni tercapai. Mungkin 10 juta.
7.         Bila kompeni dah capai target….. kompeni pun lesap. Tinggallah pelabur yang gigit jari. Mangsa seterusnya tentulah ejen-ejen jualan. Mana mau lari haa?

Delayed Order
1.             Anda ditawarkan emas pada harga murah.
2.             Tapi tempoh penghantarannya sangat lambat. Antara dua ke tiga bulan.
3.        Bila menghampiri tempoh matang, syarikat akan menghubungi anda dan menawarkan belian semula dengan spread rendah atau lebih tinggi daripada harga belian anda.
4.             Anda pun dapat untung atau dapat emas yang anda beli.

Sebenarnya bukan takde emas. Emas tu ada. Saja je simpan kot-kot anda nak emas jugak. Kalau anda setuju jual semula, emas tu akan dijual pula kepada orang lain dengan kaedah yang sama.
            Wang yang anda bayar tu selalunya akan dilaburkan dalam masa anda menunggu (delayed order). Selalunya masuk ke kompeni along. Memang untung banyak. Tapi haram.

p/s : Dalam masa yang sama.... saya tidak menafikan ada pihak yang benar-benar jujur menjalankan perniagaan cara ini sambil membantu meningkatkan ekonomi secara berjamaah. Baca sini.

Simpan Emas
1.             Ditawarkan kepada sesiapa saja yang memiliki barang kemas 916 atau 999.
2.             Minimum 10 gram
3.             Setiap gram yang anda simpan, anda layak mendapat hibah sebanyak RM3 setiap gram.
Sebenarnya emas anda digadai. Kemudian wang itu dilabur ke syarikat along untuk memberi pinjaman segera dengan riba gila-gila punya.

Syarikat-syarikat yang menawarkan khidmat sebegini memang wujud. Tak perlulah saya bagitau nama kompeninya. Nanti korang teringin nak join tak pasal-pasal aku dapat saham.

Wednesday 26 June 2013

Uji Emas Anda



1.      Emas yang dikeluarkan oleh gsr adalah emas tulen 999 dan 916

2.  Hanya assayer bertauliah atau tukang emas berpengalaman yang mempunyai kepakaran menguji jenis emas

3.  Sila uji emas anda di kedai membeli atau menjual emas atau lebih tepat kepada assayer bertauliah.

4.   Ujian menggunakan mesin densimeter seperti mana yang di gunakan oleh bank-bank yang menawarkan ar rahnu adalah tidak tepat dan tidak diiktiraf oleh sirim. Sebab kegunaan asalnya adalah untuk menguji ketumpatan emas jongkong. Bukan menentukan jenis emas.

5.   Semakin banyak sambungan atau ukiran semakin tinggi ralatnya. Mesin akan membaca sebagai emas 875 atau 835. (lepas tu serbu kedai emas yang menjualnya kat kita. Kita kata dia menipu. Walhal kita yang jahil ilmu emas)

6.   Kandungan emas 916 adalah 91.6% bahan selebihnya (8.4%) adalah logam lain yang akan memberi kesan warna, kekuatan, kilat dan ketahanan.

7.      Selalunya ia menjadi rahsia antara pengilang/tukang emas.

8.      Ia juga salah satu faktor perbezaan harga antara syarikat