Saturday 15 February 2014

Jenis-jenis Emas

24 carat emas 999, kandungan emas 99.9%
22 carat emas 916, kandungan emas 91.6%
21 carat emas 875, kandungan emas 87.5%
20 carat emas 833, kandungan emas 83.3%
18 carat emas 750, kandungan emas 75.0%  emas yang mempunyai batu permata
14 carat emas 585, kandungan emas 58.5% emas campuran
10 carat emas 417, kandungan emas 41.7%
9 carat   emas suasa, kandungan emas 31.*%

Saya cuma berminat dengan emas 999 dan 916 sahaja. Kali ini saya akan bercerita tentang emas 916. Emas 916 ialah emas yang mempunyai peratus kandungan emas sebanyak 91.67%. Sementara baki sebanyak 8.4% adalah logam lain yang ditambah bagi memberikan kesan ketahanan, kekuatan, kilat dan warna. Emas tulen atau emas 999 adalah terlalu lembut. Jadi, ianya tidak sesuai dijadikan barang perhiasan.

Antara logam yang biasa ditambah dalam pembuatan emas 916 ialah perak dan kuprum. Jika logam berlainan diguna, pasti rupanya berlainan. sila lihat gambar di bawah.....


 A emas kuning manakala B emas kemerah-merahan

Emas 91.6% dan perak 8.4% menghasilkan emas yang berwarna kuning yang menarik dan memukau. Manakala emas 91.6% dan kuprum 8.4% menghasilkan emas berwarna kuning kemerah-merahan. (Rujuk gambar)

Untuk makluman... harga sekilogram perak/silver adalah rm2000 (dua ribu ringgit). Harga kuprum pula ialah RM18 (lapan belas ringgit) jeee sekilogram.

Jadi, anda dah boleh agak mengapa ada kedai atau orang perseorangan boleh menjual emas lebih murah dari biasa. Bila murah, pasti ada sebabnya. (fakta ini dikecualikan daripada barangan GSR yang memang telah diakui kualitinya. Dapatkan barang kemas keluaran GSR untuk kepuasan diri sendiri) Jangan tertipu dengan emas palsu udah le.

Walau bagaimanapun terpulang kepada individu. minat tak sama. Namun, emas tetap emas. kandungan dan struktur kimianya tetap sama. Emas tetap laku di mana-mana. Kalau jual, orang tetap beli.